Polis sedang menjejaki pemilik van yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kes pembunuhan Dr Fadi Mohammed Al-Batsh untuk melarikan diri ke negara jiran.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek menaiki van tersebut yang menunggu tidak jauh dari lokasi mereka meninggalkan motosikal yang diguna untuk melarikan diri selepas menembak pensyarah dan imam warga Palestin berkenaan.
Bercakap pada sidang media selepas membuat pengundian awal di Bukit Aman, di sini pada Sabtu, Mohamad Fuzi berkata polis juga telah menemui senjata yang digunakan oleh suspek dalam kes itu.
"Secara kasarnya polis telah mengenal pasti senjata suspek tetapi saya tidak boleh mendedahkan kerana sedang menunggu laporan," katanya.
Beliau turut mengesahkan kedua-dua suspek menggunakan pasport palsu dari Serbia dan Montenegro untuk memasuki negara ini.
"Mereka juga dipercayai memiliki sejumlah lagi pasport negara lain," katanya.
Dalam kejadian 6 pagi 21 April lalu, Fadi, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak, semasa berjalan ke surau untuk solat subuh.
Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 05 2018
Mohamad Fuzi (tengah) menunjukkan jarinya yang telah dicelup dengan dakwat selepas pengundian awal bagi PRU14 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Sabtu. --fotoBERNAMA
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap
Dua wanita berstatus isteri di Indonesia kini menjadi tular, gara-gara berkahwin lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Niaga AWANI: KL20: Menjejaki bakat dan pelaburan awal di Asia Tenggara
Menjejaki bakat dan pelaburan awal di Asia Tenggara
Mohd Ridzwan Nordin, Rakan kongsi, Kembara Kapital
Mohd Ridzwan Nordin, Rakan kongsi, Kembara Kapital
[TERKINI] Tiga disahkan maut helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
Larangan pengambilan kerangan dari perairan Port Dickson masih dikuat kuasa
Masih terdapat biotoksin melebihi kadar selamat untuk dimakan dalam sampel ketiga kupang dan air perairan berkenaan.
[KEMAS KINI] 10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.
Penjual Kerepek capai 80 peratus peningkatan jualan dengan Shopee Live
Kerepek Azharfood terus berkembang maju dalam talian, memiliki lebih 100,000 pengikut setia di Shopee hasil kejayaan mereka mengadaptasi dunia digital.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Niaga AWANI: KL20: Seizing Downturns, to Entrepreneurial Success
Openspace Ventures is a leading venture capital firm finding and backing Southeast Asian companies creating a transformative impact where tech meets life. Niaga AWANI had the chance to speak with it's Founder & General Partner, Hian Goh at KL20 Summit 2024.
Dr Fadi: Polis jejaki pemilik van bantu suspek lari
Siasatan mendapati kedua-dua suspek menaiki van tersebut yang menunggu tidak jauh dari lokasi mereka meninggalkan motosikal yang diguna untuk melarikan diri selepas menembak pensyarah berkenaan.