Tutup

Dr Jemilah Mahmood terima Anugerah Tokoh Peneraju Kemanusiaan

Dr Jemilah Mahmood terima Anugerah Tokoh Peneraju Kemanusiaan
Dr Jemilah menerima anugerah 'Anugerah Tokoh Peneraju Kemanusiaan' atas sumbangannya dalam Mercy Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Pengasas Pertubuhan Bantuan Perubatan Malaysia Mercy Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menerima anugerah 'Anugerah Tokoh Peneraju Kemanusiaan' atas sumbangannya dalam organisasi itu sejak dua dekad lalu.

Anugerah itu disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang juga Penaung Diraja Mercy Malaysia pada Majlis Penghargaan Kemanusiaan dan Makan Malam Amal sempena ulang tahun penubuhan organisasi itu yang ke-20, di ibu negara pada Sabtu.
Hadir sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Dr Jemilah bagaimanapun tidak dapat menghadiri majlis tersebut dan penerimaan trofi anugerah diwakilkan oleh suaminya, Datuk Dr Ashar Abdullah.
Sementara itu, bekas ketua pegawai eksekutif Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar menerima anugerah 'Anugerah Tokoh Khas Kemanusiaan'.

Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus dalam ucapannya berkata, majlis itu diadakan bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun ke-20 mereka, malah satu usaha menyatukan penaung kerajaan, lembaga pengaman, ahli majlis eksekutif, sukarelawan, penderma sebagai dan kakitangan mereka yang lalu dan sekarang.

"Mercy Malaysia kini bersedia untuk mengambil kerja kemanusiaan ke tahap yang lebih tinggi, tetapi itu hanya akan berlaku apabila kita mempunyai generasi muda yang menerima 'baton' itu lalu meneruskan usaha demi menyinari kehidupan orang lain," katanya.

Majlis makan malam itu dihadiri oleh 400 tetamu yang juga mengambil kesempatan untuk membeli pelbagai produk untuk menyokong usaha dana organisasi.

Acara itu berjaya mengutip lebih RM200,000 yang akan digunakan untuk menyokong kerja-kerja kemanusiaan di Malaysia.


Tag: Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak, Khazanah, kerajaan, presiden, perubatan, Malaysia, MERCY



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.