KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Kol. Dr R. Kunaseegaran adalah penyebab “kehilangan” Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.
Tertuduh ketujuh kes pembunuhan Kevin Morais, S. Ravi Chandaran, 47, berkata dia dimaklumkan perkara itu oleh bekas tertuduh kedua yang dikenalinya sebagai Jay atau nama sebenar G. Gunasekaran, 49 sebelum dibawa menemui doktor tentera tersebut pada 9 Sept 2015.
“Jay ada beritahu saya, kehilangan Kevin Morais adalah kerana doktor. Doktor adalah penyebab kehilangan Kevin Morais,” katanya ketika pemeriksaan utama Peguam V. Rajehgopal pada prosiding bela diri hari ke-19, di sini.
BACA: Tertuduh ketujuh mengaku padam nombor casis, enjin kereta Kevin Morais
BACA: Saya tak kenal siapa Kevin Morais - Tertuduh
BACA: 'Kevin Morais tidak terlibat kes RM2.6 bilion, SRC' - KP SPRM
Saksi pembelaan keenam itu berkata pada tarikh berkenaan, kira-kira lima hari selepas kehilangan Kevin Morais pada 4 Sept, Jay telah membawanya menemui Dr Kunaseegaran di sebuah kuil di Bukit Raja, Klang.
Bagaimanapun, katanya sebaik tiba dan sepanjang berada di kuil, Jay tidak keluar dari kereta dan hanya dia keluar menemui Dr Kunaseegaran di dalam kuil berkenaan.
Ravi Chandaran berkata sebelum memulakan perbualan, Dr Kunaseegaran memintanya bersumpah agar dia tidak menceritakan perkara yang akan diberitahu kepada orang lain.
Katanya selepas dia bersumpah, Dr Kunaseegaran menceritakan banyak perkara yang berkaitan dengan Kevin Morais.
Tanpa menceritakan lanjut kepada mahkamah perkara yang diberitahu oleh doktor tersebut berkaitan Kevin Morais, tertuduh berkata dia kemudian memberitahu Dr Kunaseegaran bahawa dia mahu membuat laporan polis berhubung perkara itu.
“Saya beritahu saya tiada cara lain, saya ingin buat laporan polis, beliau (Dr Kunaseegaran) beritahu jika saya buat laporan polis, saya lah yang akan ‘sangkut’. Selepas itu beliau beritahu ‘masalah’ ini boleh diatasi,” katanya.
Ravi Chandaran berkata ketika ditanya tentang nasibnya jika ditangkap berhubung kejadian itu, Dr Kunaseegaran menjawab dia akan menanggung kos guaman dan apa juga kos yang terlibat.
Ravi Chandaran berkata semua perbualan tersebut berlaku di dalam kuil dan pada ketika itu dia berasa gementar.
Kepada soalan Rajehgopal mengenai sebab tertuduh berasa gementar, Ravi Chandaran menjawab: “Kerana pada masa itu yang saya tahu Jay suruh saya padam nombor casis (kereta Kevin Morais), selepas itu saya mendapati Dr Kunaseegaran terlibat.“
R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath, S. Nimalan, Ravi Chandaran dan Dr R. Kunaseegaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dinishwaran, 26; Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; Nimalan, 25 dan Ravi Chandaran diwakili peguam Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Datuk N.Sivananthan dan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 17 Ogos.
Bernama
Fri Aug 10 2018
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Kol. Dr R. Kunaseegaran adalah penyebab -kehilangan- Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais (gambar). - Gambar fail
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Mahkamah benar tangguh prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais
Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan akhir pendengaran rayuan enam lelaki terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh Datuk Anthoy Kevin Morais pada 2015.
Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Nov ini untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.
Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan
Tarikh pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan kesalahan membunuh Kevin Morais, yang dijadualkan pada 3 Mac ini, telah dilapangkan.
22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.
Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais
Keenam-enam perayu memfailkan notis rayuan melalui peguam mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini hari ini.
Keadilan yang telah lama dinantikan - Adik mendiang Kevin Morais
Richard Morais tidak dapat menahan sebak selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada semua tertuduh.
Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung
Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
'Jangan berhenti perangi rasuah'
Itu pesanan dua penerima anugerah Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation, yang disampaikan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, pada Selasa.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.