HUJUNG minggu semestinya hari yang paling ditunggu-tunggu kebanyakan orang.

Bagi perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, biarpun sibuk dengan pelbagai program, beliau masih sempat meluangkan masa bersama isteri tercinta.

Detik manis bersiar-siar bersama isteri di bandar raya Kuala Lumpur dikongsikannya di akaun Instagram.

"Sekali sekala bawa Hasmah dating di KL," katanya ringkas menerusi kemas kini terbaharu.

Menerusi video yang dikongsikan itu, Dr Mahathir dilihat membawa Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bersiar-siar dengan memandu sendiri dari Putrajaya ke Kuala Lumpur.

Menariknya, kemas kini terbaharu beliau mendapat respons pelbagai, terutamanya daripada selebriti ternama tanah air.

Rata-rata mereka 'cair' dengan kemesraan pasangan nombor satu negara ini.


Sekali sekala bawa Hasmah dating di KL

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on