Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mahu rakyat mencontohi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengamalkan gaya hidup sihat meskipun sudah berusia 93 tahun.
Antara rahsia Dr Mahathir berstamina dan kekal sihat adalah menjaga pemakanan dalam kehidupan sehariannya, kata beliau.
"Saya selalu melihat, Tun Dr Mahathir yang berusia 93 tahun tapi mampu menjadi perdana menteri, makan sedikit sahaja, cukup-cukup, berhenti makan bila hilang lapar, bukan makan sampai tersandar, itu antara rahsia beliau menjaga kesihatan.
"Jika kita dapat bersama-sama amalkan penjagaan pemakanan, makan dalam jumlah sederhana, maka boleh mengalami proses penuaan yang sihat seperti perdana menteri kita, beliaulah ikon kesihatan Malaysia," katanya ketika berucap dalam Program Hari Warga Emas Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care) 2018 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.
H-Care ialah pusat penyelidikan transisi demografi berfokuskan penuaan sihat dan kesejahteraan serta menggalakkan gaya hidup sihat dan memperkenalkan diet sihat dalam kalangan warga emas.
"Ketika usia pertengahan dewasa, kesihatan perlu diberi lebih perhatian kerana peningkatan obesiti dan penyakit kronik tidak berjangkit sering terjadi dalam kalangan dewasa di Malaysia jika tidak menjaga pemakanan dengan baik.
"Dengan adanya pusat penyelidikan seperti H-Care, mutu rehabilitasi dapat ditingkatkan dan program menyumbangkan kepada misi mencapai penuaan sihat dalam kalangan warga emas di Malaysia dapat dicapai dengan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan," kata Khalid.
Sementara itu, Pengerusi H-Care UKM Prof Dr Suzana Sahar berkata warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas adalah lapan peratus daripada jumlah populasi di Malaysia sekarang ini.
"Kami menjangkakan dalam masa 20 tahun lagi Malaysia akan mencapai status negara tua dengan mereka berusia 60 tahun ke atas mewakili 15 peratus daripada populasi menjelang 2030.
"Oleh itu, penubuhan pusat kecemerlangan ini sangat tepat pada masanya seiring dengan peningkatan jangka hayat populasi dan insiden penyakit berkaitan transisi demografi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018
Rakyat perlu mencontohi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengamalkan gaya hidup sihat meskipun sudah berusia 93 tahun. -fotoBERNAMA
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Dr Mahathir ikon kesihatan negara - Khalid Samad
Rakyat perlu mencontohi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengamalkan gaya hidup sihat meskipun sudah berusia 93 tahun.