Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara tokoh pembangkang pilihan pengundi paling popular di Selangor.

Berdasarkan kaji selidik yang dikendalikan Institut Darul Ehsan (IDE) terhadap persepsi pengundi di Selangor, Tun Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjadi pilihan 24 peratus responden sebagai pemimpin yang mampu menerajui negara.

Kajian dijalankan dari 26 hingga 30 Ogos 2016 di seluruh negeri Selangor melibatkan sejumlah 1,761 orang responden.

menjadi pilihan 24 peratus responden sebagai pemimpin yang mampu menerajui negara.
Menariknya, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut popular dalam kalangan pengundi Selangor.

Malah beliau mendahului populariti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebanyak 17 peratus responden memilih Muhyiddin sebagai tokoh pembangkang pilihan, manakala Kit Siang dan Hadi Awang menjadi pilihan masing-masing 15 peratus dan 14 peratus responden.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai ikon pembangkang paling popular bagi pengundi Selangor dengan 30 peratus responden berpendapat Anwar sebagai tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia.

Sebelum ini, Tun Mahathir dalam ucapannya di Universiti London menyifatkan Muhyiddin sebagai pilihan utama sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya.