Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang juga Pengarah Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

Menurut Tun Dr Mahathir, surat pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Ya, saya fikir dialah jadi IGP (Ketua Polis Negara). Saya rasa, Yang di-Pertuan Agong sudah tandatangan pelantikan itu,” katanya ketika ditanya selepas hadir dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib pada Jumaat ini.