Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan sedikit masa daripada jadual padatnya untuk menyaksikan pertukaran dokumen antara pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad dan rakan kongsinya dari Pakistan dan China.
Pertukaran dokumen antara Proton dan Al-Haj Automotive adalah bagi perjanjian pelesenan dan teknikal berkaitan dengan kilang pemasangan pengeluar kereta nasional itu di Pakistan.
Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata syarikat itu berharap dapat mengembangkan operasi antarabangsanya dan Pakistan, dengan kadar penggunaan kereta yang masih rendah akan menjadi pasaran yang baik.
Kilang pemasangan pertama Proton di Pakistan itu akan terletak di Islamabad, yang akan memasang kereta Proton unit terurai untuk dipasang (CKD) bagi pasaran negara tersebut, katanya.
Proton mengumumkan hasratnya untuk membuka kilang pemasangan di Pakistan semasa lawatan Perdana Menteri ke negara Asia selatan itu pada Mac tahun ini, yang juga menyaksikan upacara pecah tanah kilang tersebut bersama rakan sejawatannya dari Pakistan Imran Khan.
Dr Mahathir berada di sini sempena lawatan kerjanya selama lima hari ke China bagi menghadiri Forum Belt and Road bagi Kerjasama Antarabangsa, yang dibuka secara rasmi oleh Presiden Xi Jinping awal hari ini.
Proton memeterai satu perjanjian dengan Al-Haj Automotive pada 2018.
Selain itu, Perdana Menteri juga menyaksikan pertukaran dokumen antara Proton dan China Construction Bank (CCB) untuk melanjutkan kemudahan pembiayaan kepada pengeluar kereta nasional itu.
Menurut Syed Faisal, perjanjian antara Proton dan CCB itu akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China.
“Perjanjian itu juga merupakan bukti kejayaan projek Belt and Road, ” katanya mengenai projek prasarana diterajui China itu yang disertai oleh kedua-dua Malaysia dan Pakistan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2019
Pertukaran dokumen antara Proton dan Al-Haj Automotive adalah bagi perjanjian pelesenan dan teknikal berkaitan dengan kilang pemasangan pengeluar kereta nasional itu di Pakistan. - Bernama
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Dr Mahathir saksi pertukaran dokumen antara Proton dan rakan kongsi di Beijing
Pertukaran dokumen itu adalah bagi perjanjian pelesenan dan teknikal berkaitan dengan kilang pemasangan pengeluar kereta nasional itu di Pakistan.