Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menepis kebimbangan potensi pembabitan SilTerra Malaysia Sdn Bhd dalam projek kereta nasional ketiga.
Ini merupakan reaksi beliau terhadap kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyatakan potensi kerjasama anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd dalam projek tersebut akan menimbulkan keraguan terhadap janji kerajaan bahawa dana awam tidak akan digunakan bagi projek berkenaan.
"Khazanah bukan kerajaan, ia adalah sebuah syarikat dan mereka bebas untuk menjalankan perniagaan. Jika ada syarikat dalam Khazanah yang berminat (menyertai projek tersebut), mereka boleh melabur," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini, hari ini.
SilTerra adalah projek kepentingan nasional strategik untuk mempromosikan pengeluaran semikonduktor dan pemangkin bagi pelaburan teknologi tinggi di Malaysia.
Sejak ditubuhkan pada 1995, SilTerra telah menyediakan kepada banyak syarikat reka bentuk dan produk fabless utama dunia merangkumi segmen elektronik pengguna, komunikasi dan pengkomputeran, dan pasaran peranti modal.
Mengenai idea industri Aeroangkasa Asia Timur dan sama ada Malaysia akan menyertainya, Dr Mahathir berkata Malaysia mengalu-alukan pelaburan.
"Kita tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam membuat kapal terbang tetapi kita telahpun membina bahagian-bahagian daripada semua pesawat yang kita terbangkan. Bahagian-bahagian itu datang daripada CTRM dan industri-industri lain di Malaysia. Jadi, kita akan menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam perniagaan aeroangkasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 05 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al Bukhary hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
Dua maut termasuk kanak-kanak, 11 cedera, nahas dua kenderaan
Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki yang memandu kereta dan seorang kanak-kanak lelaki.
Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta
Anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya.
Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah
Kanak-kanak tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.
8 cedera, 7 selamat nahas 9 kenderaan di lebuh raya
Dipercayai kemalangan yang membabitkan sembilan kenderaan itu berlanggar dari arah belakang, bagaimanapun tiada mangsa tersepit.
Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022
City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.
Rumah, kereta musnah terbakar di Hutan Melintang
Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 40x40 terbakar sebanyak 65 peratus, sebuah kereta turut musnah terbakar 80 peratus.
Dua maut, enam cedera nahas di Sungai Buloh
Mangsa yang maut merupakan kanak-kanak perempuan dan lelaki dewasa.