Tutup

Dr Mahathir ucap tahniah kepada Modi atas kemenangan dalam pilihan raya India

Dr Mahathir ucap tahniah kepada Modi atas kemenangan dalam pilihan raya India
Khamis lepas, Modi mengetuai Parti Bharatiya Janata (BJP) mencapai kemenangan besar untuk penggal kelima. - Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi atas kemenangan bersejarahnya dalam pilihan raya Lok Sabha (dewan rendah Parlimen) 2019.

"Tahniah @narendramodi atas kejayaan anda yang jelas dalam pilihan raya India. Kami berharap dapat mengukuhkan hubungan kita terutamanya dalam perdagangan dan industri," kata Dr Mahathir dalam Twitter, hari ini.
Khamis lepas, Modi mengetuai Parti Bharatiya Janata (BJP) mencapai kemenangan besar untuk penggal kelima dengan memenangi 303 kerusi dalam Lok Sabha yang mempunyai 543 anggota.

Parti pembangkang utama, Kongres hanya memperoleh 52 kerusi, yang tidak mencukupi untuk menduduki jawatan Ketua Pembangkang di Dewan baharu.
Semalam, Modi dilantik sebagai perdana menteri Lok Sabha ke-17.

Pengundian berlangsung hampir enam minggu untuk menampung hampir 900 juta orang yang layak untuk mengundi dalam pilihan raya terbesar dan terpanjang di dunia.

-- BERNAMA


Tag: pilihan raya india, narendra modi, mahathir mohamad, lok sabha, dewan rendah, parlimen india, politik india



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.