Anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Dr Nungsari Ahmad Radhi dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif suruhanjaya itu berkuatkuasa hari ini, menggantikan Tan Sri Jen (B) Abdullah Ahmad yang meletak jawatan baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan pelantikan itu turut menyatakan elaun baharu pengerusi eksekutif Mavcom itu adalah sebanyak RM15,000 sebulan, seiring dengan dasar ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, jumlah elaun itu adalah sama seperti yang diberikan kepada Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Kita sama ratakan (elaun pengerusi) dua badan ini yang kedua-duanya berhubung kait dengan penerbangan awam. Ini satu dasar baharu kita streamline elaun pengerusi-pengerusi badan berkanun," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Jumlah elaun pengerusi eksekutif Mavcom menjadi isu sebelum ini apabila Loke mendedahkan Abdullah menerima sebanyak RM85,000 sebulan.
Loke pada 6 Julai lepas dilaporkan sebagai berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi arahan supaya gaji itu disemak semula.
Mengenai pelantikan Nungsari, katanya beliau yakin pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Ekonomi dari Purdue University, Amerika Syarikat itu mampu menggalas tugas melalui pengalamannya sebagai anggota Mavcom, selain pernah menjadi anggota parlimen Balik Pulau dari 1995 hingga 1999.
"Sudah tentu banyak isu terkini yang perlu dikendalikan Mavcom termasuk yang dibangkitkan di Parlimen dua hari lepas berkenaan kawalan harga tiket domestik dan penerbangan awam luar bandar yang perlu ditangani secepat mungkin," kata Loke.
Dalam pada itu, Nungsari melahirkan penghargaan kepada kerajaan atas pelantikan itu dan berikrar akan meneruskan usaha Mavcom memainkan peranan dalam industri penerbangan awam dengan lebih baik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 20 2018
Anthony Loke (dua kanan) menyampaikan surat pelantikan Pengerusi Eksekutif Mavcom kepada Nungsari (dua kiri) di Kementerian Pengangkutan hari ini. --fotoBERNAMA
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pekerja kilang maut, rakan parah kereta langgar pembahagi jalan
Seorang pekerja kilang maut manakala rakannya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Dr Nungsari, Pengerusi Eksekutif Mavcom baharu
Elaun baharu pengerusi eksekutif Mavcom itu adalah sebanyak RM15,000 sebulan, seiring dengan dasar ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
PM ziarah jenazah Dollah Kok Lanas
Allahyarham yang pernah berkhidmat dengan Tun Abdul Razak selama 14 tahun iaitu sejak 1962, menghembuskan nafas terakhir setelah lama melawan barah.
Dollah Kok Lanas meninggal dunia
Allahyarham juga merupakan bekas setiausaha politik kepada Tun Abdul Razak dilapor bertarung dengan penyakit kanser sejak setahun yang lalu.
Pengundi Melayu jadi penentu PRU-13
Pakatan Rakyat perlu menang 70 kerusi kawasan Melayu untuk menang Putrajaya tetapi itu tidak akan berlaku, kecuali BN tersilap letak calon tidak berwibawa, kata Abdullah Ahmad.