Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di sini untuk lawatan kerja tiga hari bagi mengetuai delegasi Malaysia ke edisi keenam Platform Global Bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR).
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Geneva pada 1.35 tengah hari waktu tempatan (7.35 malam waktu Malaysia) dengan pesawat komersil, disambut oleh Wakil Tetap Malaysia di Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Datuk Amran Mohamed Zin dan isteri Datin Razana Mat.
Dalam lawatan pertamanya ke Switzerland selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 12 Mei tahun lalu, Dr Wan Azizah dijadual menyampaikan ucaptama pada dua sesi utama persidangan GPDRR yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Geneva (CICG), pada Rabu.
Beliau juga dijadual menyertai sesi meja bulat peringkat menteri pada Khamis.
GPDRR adalah acara dwitahunan yang diselaraskan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pengurangan Risiko Bencana dan merupakan forum paling utama di peringkat antarabangsa untuk perkongsian strategik, koordinasi, pembangunan perkongsian dan semakan pembangunan pelaksanaan instrumen pengurusan risiko bencana.
Lebih 4,000 perwakilan dari 193 negara anggota PBB berhimpun di sini bermula Isnin, bagi menghadiri persidangan itu yang bertemakan "Resilience Dividend: Towards Sustainable and Inclusive Societies."
Delegasi Malaysia turut disertai pegawai daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Jabatan Mineral dan Geosains.
Jadual padat Dr Wan Azizah bermula hari ini, di mana beliau akan menerima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC), Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebelum menghadiri sesi iftar dan dialog bersama rakyat Malaysia.
Pada dua hari berikutnya, Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dua hala bersama Naib Presiden Indonesia Mohamed Jusuf Kalla selain pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Filippo Grandi.
Dr Wan Azizah juga akan mengadakan pertemuan dengan wakil khas Setiausaha Agung PBB bagi Pengurangan Risiko Bencana, Mami Mizutori selain berkunjung ke Yayasan Kebudayaan Islam Geneva bagi mengadakan pertemuan dengan kepimpinan pusat Islam itu.
Beliau akan berlepas pulang ke Malaysia pada petang Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2019
Dr Wan Azizah tiba di hotel penginapan di Geneva untuk lawatan kerja tiga hari, mengetuai delegasi Malaysia ke edisi keenam Platform Global Bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR). --fotoBERNAMA
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Dr Wan Azizah tiba di Geneva untuk lawatan kerja tiga hari
Dr Wan Azizah dijadual menyampaikan ucaptama pada dua sesi utama persidangan GPDRR yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Geneva (CICG), pada Rabu.