Semua masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih yang terletak di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pelaksanaaan itu, bagaimanapun, perlu diikuti dengan bilangan jemaah tidak kurang dari tiga orang tidak termasuk imam dan tidak lebih dari 30 orang.

Katanya, lain-lain solat secara berjemaah di masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat pada esok.

“Pihak masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih perlu memastikan adanya kawalan daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri untuk mengawal keadaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Berikut merupakan garisan panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian itu: