Draf kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada Rabu lalu untuk diteliti dan tindakan lanjut, kata pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata ia juga diserahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk tujuan memberi input dan penambahbaikan.
"Kita mengesan banyak kelemahan dalam pengurusan pembayaran balik pinjaman sebelum ini dan telah membuat kajian holistik bagi merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi membantu meringankan beban peminjam," katanya.
Wan Saiful bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Pakatan Aktivis Bersatu Perihatin Rakyat Perlis di Beseri, di sini malam Sabtu.
Menurutnya, antara intipati draf berkenaan ialah peminjam yang berpendapatan rendah atau baru mendapat pekerjaan akan diberi kelonggaran membayar balik pinjaman bagi meringankan beban mereka.
Wan Saiful berkata agensi itu akan turun padang mengadakan sesi taklimat di seluruh negara dalam masa terdekat supaya orang ramai lebih memahami fungsi PTPTN sekali gus menghentikan sebarang tohmahan dan fitnah terhadapnya.
Pada 20 Sept lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN berjumlah RM36 bilion.
Turut hadir pada majlis malam tadi ialah penaung pertubuhan berkenaan, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis Amier Hassan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 30 2018
Hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN berjumlah RM36 bilion. - Gambar hiasan
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS
Kemajuan wanita memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat sejahtera, kata Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Profesor Maszlee Malik.
Kejayaan Nusaybah bukti rakyat Malaysia mampu cipta kejayaan di peringkat dunia
Nusaybah melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.
Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan
Maszlee menyifatkan teguran Perdana Menteri adalah untuk beliau kembali aktif membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta
Maszlee membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.
PRU15: Cabaran debat, lebih baik berdialog dengan masyarakat - Hasni
Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad lebih terbuka untuk berdialog dengan penduduk setempat berbanding dengan cabaran untuk mengadakan debat terbuka.
JKPPH dakwa Menteri Kanan Pendidikan gagal selami isu sebenar pendidikan
JKPPH berkata, antara isu utama dalam pendidikan adalah pemansuhan UPSR dan PT3 serta guru-guru yang dibebani tugas bukan mengajar.