'DRs for All' sahut cabaran misi negara membangun menjelang 2025

'DRs for All' sahut cabaran misi negara membangun menjelang 2025
BAGI menyahut misi negara membangun menjelang 2025, Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia dengan kerjasama kementerian kesihatan Malaysia melancarkan program 'DRs for all'. - Astro AWANI
GOMBAK: Dalam menyahut misi negara membangun menjelang 2025 dimana tiada kelompok komuniti yang akan tercicir dari kepesatan pembangunan, Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia dengan kerjasama kementerian kesihatan Malaysia melancarkan program “DRs for lAl”.

Program yang berkonsep sukarelawan ini menggabungkan 20 sukarelawan dan 10 doktor pakar bagi membantu lebih 180 000 orang asli seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Lebih daripada 10 kem disediakan untuk beberapa kawasan perkampungan Orang Asli yang terputus hubungan dari rangkaian luar sekitar Pahang, Kelantan, Perak dan Selangor.
Menurut Presiden Persatuan Doktor Perubatan Swasta, Dr Steven Chow, setiap bulan sekumpulan doktor dan sukarelawan ditempatkan di kawasan pedalaman yang sukar dimasuki selama lebih kurang tiga malam dan akan melawat beberapa kampung.

KERJASAMA antara FPMPAM dan Kementerian Kesihatan Malaysia  dapat melancarkan lagi misi sukarelawan "DRs for all"

“Pihak kami akan sediakan rawatan kesihatan, ubat-ubatan secara percuma dan pihak kami akan bawakan mereka doktor pakar untuk memberi rawatan dan jika mereka menghadapi masalah khas, mereka akan dirujuk ke hospital berdekatan dan pihak kami akan sediakan perkhidmatan pengangkutan.” Katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran program “DRs for All” di sini hari ini.

Program ini dilancarkan oleh Timbalan Kementerian Kesihatan, Dr Lee Boon Chye di Hospital Orang Asli Gombak dengan kibaran bendera sebagai tanda simbol kerjasama erat persatuan berkenaan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjayakan program tersebut.



TIMBALAN Menteri Kesihatan, YB Dr Lee Boon Chye mengibar bendera  FPMPAM  semasa pelancaran misi sukarelawan 'DRs for all'