Dua kru kapal cedera manakala seorang masih hilang setelah sebuah kapal penggerudi MV Geos terbakar di perairan Kuala Baram pukul 3.15 pagi ini.
Pengarah Maritim Daerah Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, dua kru yang tercedera ialah jurutera kedua Muhammad Hafiz Ismail, 36, yang melecur 20 peratus, dan Khairul Isma Ismail, 35, yang mengalami kecederaan di dahi, bibir dan muka.
"Kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal dan pada 7.40 pagi ini dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Fauzi berkata identiti seorang lagi kru yang masih hilang tidak dapat didedah pada waktu ini atas permintaan Petronas dan usaha mencari serta menyelamat sedang dilakukan.
"Secara keseluruhan terdapat 39 kru berada di dalam kapal tersebut ketika kejadian termasuk lima orang warga Indonesia serta seorang warga Thailand dengan 38 berjaya menyelamatkan diri manakala seorang masih lagi dicari," katanya.
Beliau berkata, kesemua 38 kru kapal yang berjaya menyelamatkan diri terjun ke laut setelah dimaklumkan kapten kapal mengenai kejadian itu.
Menurutnya, ketika kejadian, kapal yang berdaftar di bawah syarikat AGEO Marine Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu berada lima nautika batu atau 10 km dari Kuala Baram.
"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 8 pagi," katanya, sambil menambah, APMM Miri telah menggerakkan dua aset untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.
Sementara itu, Kumpulan Komunikasi Strategik Jabatan Perhubungan Media Petronas, dalam kenyataan ringkas berkata Pasukan Respons Kecemasan telah pun digerakkan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengawal kebakaran itu daripada merebak.
"Keutamaan dan keprihatinan kami ketika ini adalah keselamatan orang ramai dan persekitaran," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 17 2018
Kesemua 38 kru kapal yang berjaya menyelamatkan diri terjun ke laut setelah dimaklumkan kapten kapal mengenai kejadian itu.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl
Ketika kejadian, ribuan penduduk telah berkumpul di Union Station bagi menyaksikan perarakan itu.