Dua kakitangan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh belakang sebuah jentolak di Jalan Kanibongan-Pitas, berhampiran simpang Paitan, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, kedua mangsa lelaki dikenali sebagai Joddy Kumin, 33 tahun, dan Sandro Vickie Thomas, 25, meninggal dunia di lokasi kemalangan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan akibat tersepit di dalam kereta jenis Proton Saga FLX yang dinaiki mereka.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Pitas ke Kanibongan sebelum terbabit nahas itu.
"Setibanya di tempat kejadian, kenderaan tersebut terbabas lalu melanggar bahagian belakang sebuah jentolak yang diletakkan di luar jalan sebelah kanan menghala ke Kanibongan.
"Kedua-dua mangsa telah maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pagi ini.
Beliau berkata siasatan menyeluruh masih giat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan meminta orang ramai tampil sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ruzaini Zulkepli
Thu Apr 05 2018
Joddy Kumin dan Sandro Vickie Thomas maut di tempat kejadian. - Astro AWANI
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Mekanik maut digilis jentolak
Hasil siasatan mendapati mangsa berada di atas roda berantai jentolak (buldozer) itu berseorangan ketika sedang membaiki jentera berat itu.
'Kami minta kerajaan segera buat sesuatu, tebing sungai dah terlalu hampir' - Mangsa banjir
Keadaan ini menggusarkan mangsa banjir yang masih berharap kediaman mereka di tepi tebing tersebut masih boleh diselamatkan.
Remaja maut, rakan parah motosikal bertembung jentolak
Seorang remaja maut manakala rakannya parah dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan jentolak di Kampung Bandar, Jalan Baling-Weng, Selasa malam.
Peniaga beli jentera tolak tanah dari laman sosial, akhirnya rugi RM62,500
Seorang peniaga kerugian lebih RM62,000 selepas diperdaya dalam urusan membeli jentolak tanah yang tidak wujud di laman sosial.
Dua kakitangan LIGS maut kemalangan
Dua kakitangan Lembaga Industri Getah Sabah maut di dalam kemalangan kereta di Kota Marudu, malam tadi.
Pasukan keselamatan Afghanistan musnah bazar dinamakan sempena pengasas Taliban
Pasukan keselamatan itu telah meratakan Bazar Omari dengan jentolak dan 30 peratus daripada bazar itu telahpun musnah, kata jurucakap Abdul Khalil Asir kepada agensi berita China Xinhua.
Laluan ke hospital Hulu T'Ganu dinaiki air, kakitangan dibawa menaiki jentolak
Lima puluh kakitangan Hospital Hulu Terengganu terpaksa menaiki jentolak yang disediakan Bilik Gerakan Bencana Pejabat Daerah Hulu Terengganu.