Dua kementerian bincang kerjasama urus hospital pengajar universiti awam

Dua kementerian bincang kerjasama urus hospital pengajar universiti awam
MASZLEE: Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dua hala bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam pengurusan hospital pengajar universiti (HPU) awam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan berkata pelbagai perkara penting melibatkan bidang tugas kedua-dua kementerian itu turut dibincangkan pada Rabu.

Beliau berkata perbincangan itu dapat mengukuhkan kesepakatan antara dua kementerian dalam pembangunan insan.
"Ada beberapa perkara penting lain yang turut dibincangkan dan akan diumumkan kelak.

"Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

-- BERNAMA