Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat dua buah kluster baharu yang dikenal pasti pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kluster masih aktif di Malaysia sebanyak 21 kluster.

Jumlah kes baharu pula ialah 23 kes manakala 17 kes pulih dan ini adalah lima perkara penting dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

1) Dua kluster baharu dikenal pasti, satu ialah Kluster Bukit Tiram di Johor dan satu lagi Kluster Syarikat Pembinaan Kuching, Sarawak menjadikan jumlah kluster sekarang ialah 21 kluster.

2) Sehingga 25 Julai 2020, terdapat 23 kes baharu yang telah dilaporkan manakala 17 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

3) Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 167 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan. Tiada kematian direkodkan hari ini.

4) Daripada 23 kes baharu dilaporkan, enam kes adalah kes import melibatkan empat warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

5) Daripada 17 kes penularan dalam negara, 10 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia manakala tujuh kes adalah dalam kalangan bukan warganegara.