Dua lagi mangsa meninggal berikutan nahas di Yong Peng semalam menjadikan jumlah yang meninggal ialah lima orang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata mereka ialah penumpang bas iaitu seorang wanita warga China dan pemandu lori tangki G.Gothandam, 46.

"Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat kira-kira pukul 8 malam tadi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya masih mengenal pasti kesemua identiti mangsa yang terlibat.

Kemalangan pukul 5.30 petang itu melibatkan dua buah bas dan sebuah lori tangki di Km 94, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke selatan berhampiran Yong Peng.

Sebelum ini tiga wanita warga China terbunuh.

Lori tangki yang datang dari arah Johor Baharu itu dilapor mengalami tayar pancit sebelum ia merempuh dua bas berkenaan yang dalam perjalanan menuju selatan.

Seramai penumpang lain bas itu yang kesemuanya wanita cedera.