Dua lelaki cedera selepas ditembak individu tidak dikenali di Banting pada tengah hari Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari ketika kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis BMW melalui kawasan kejadian.

Bagaimanapun, dua lelaki menaiki sebuah motosikal kemudiannya menghampiri kenderaan terbabit dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
“Kedua-dua mangsa terkena beberapa das tembakan di dada dan bahagian badan sebelum dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Jumaat.

Ujarnya, ketika mangsa cuba melarikan diri di hadapan sebuah sekolah, mangsa didapati gagal mengelak dan merempuh beberapa orang pelajar sekolah menengah dan beberapa buah kenderaan lain.

Sehingga kini, tiga pelajar telah mengalami kecederaan ada bahagian kaki dan leher dipercayai selepas dirempuh kenderaan.

“Sehingga kini, tiga pelajar telah mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan leher dipercayai selepas dirempuh kenderaan.

"Ketiga-tiga mangsa masih dirawat di hospital bagi mengenal pasti kecederaan lanjut,” katanya.

Polis sedang mengesan suspek dan percaya motif kejadian berpunca pergaduhan antara dua kumpulan.