Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas pertuduhan memperdagangkan 11 wanita untuk tujuan ekploitasi seksual sejak empat tahun lepas.
Tertuduh M Suresh, 26 dan Loh Soon Aun, 58, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil dan Hokkien secara berasingan dihadapan Hakim Mohd Sabri Ismail hari ini.
Untuk enam pertuduhan pertama, Suresh didakwa melakukan ekploitasi seksual ke atas enam wanita warga Thailand di premis V Class Enterprise, 26B dan 28B Jalan Bestari 3, Pusat Bandar Fasa 2, Parit Buntar sejak 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 15 tahun dan denda.
Manakala Soon Aun pula didakwa atas lima pertuduhan melakukan ekploitasi seksual dengan cara ugutan terhadap empat wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Laos di Pusat Kecantikan Vistana Beauty & Spa, Kuala Kurau sejak 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda.
Hakim Mohd Sabri kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin kepada Suresh manakala Soon Aun pula ditawarkan jaminan sebanyak RM 10,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 23 September ini.
Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Sep 07 2016
Tertuduh M Suresh, 26 dan Loh Soon Aun, 58, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil dan Hokkien secara berasingan dihadapan Hakim Mohd Sabri Ismail hari ini. - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua lelaki dituduh perdagang 11 wanita untuk tujuan seksual
Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas pertuduhan memperdagangkan 11 wanita untuk tujuan ekploitasi seksual sejak empat tahun lepas.