Dua maut dalam kemalangan babitkan tiga motosikal

Dua maut dalam kemalangan babitkan tiga motosikal
Dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam Sabtu itu, dua penunggang lagi mengalami kecederaan. - Astro AWANI
PASIR PUTEH: Pelajar tingkatan empat antara dua yang maut dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Kilometer enam jalan Pasir Puteh-Telosan di sini malam tadi. 

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam Sabtu itu, dua penunggang lagi mengalami kecederaan. 
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superitendan, Azmir Damiri berkata pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Mohamad Faqizul Hakim bin Mat Noor, 16 tahun dan seorang buruh warganegara Myanmar, Mohd Rafik bin Amir Hakim, 24 tahun. 

Manakala yang cedera dikenali sebagai Muhammad Nazrullah bin Md Lazim, 20 tahun dan Has Noor bin Noor Mohammad, 24 tahun yang juga warganegara Myanmar. 

"Hasil  siasatan, mendapati Mohamed Faqizul yang menunggang dari arah  Pasir Puteh menghala ke Telosan dipercayai telah hilang kawalan dan  berlanggar dengan dua buah motosikal dari arah bertentangan" katanya dalam satu kenyataan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tag: kemalangan, kemalangan maut, pelajar, pasir puteh, motosikal kemalangan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.