Mayat dua rakan yang lemas di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini, ditemui pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, mayat Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24 tahun, ditemui pada jam 7.45 pagi kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas pada Ahad.

"Mayat rakannya pula, Dola Kamarudin, 32 tahun, ditemui pada jam 9.58 pagi kira-kira 300 meter daripada tempat mangsa dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis sebelum dihantar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

"Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang membabitkan JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dihentikan selepas kedua-dua mayat mangsa ditemui," katanya.

Operasi SAR disertai JBPM, APM dan PDRM. - Astro AWANI/Noraniza Kamsani

Dalam kejadian kira-kira 4 petang Muhammad Ikhbal bersama dola dihanyutkan arus sungai selepas mandi di kawasan perkelahan itu.

BACA: Dua lelaki dikhuatiri lemas di kawasan perkelahan Sungai Lembing

Mangsa bersama enam rakannya dikatakan menaiki van ke kawasan rekreasi itu kira-kira jam 2 petang sebelum mereka berdua dihanyutkan ketika sedang mandi.