Dua pekerja sebuah kedai nyaris rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah kedai berhampiran restoran makanan segera KFC di Jalan Bukit Bintang di sini pagi tadi.

Dua pekerja yang terperangkap dalam bangunan tersebut semasa kejadian bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Tiada sebarang kemalangan jiwa yang 8.40 pagi itu.

 Ahli bomba sedang memadamkan api. - Foto twitter.com/Ashwad Ismail

Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kebakaran penghawa dingin di sebuah premis pada deretan bangunan tersebut.

Jurucakap Balai Bomba, Hang Tuah, berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8:43 pagi dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 9 pagi.

Punca sebenar kejadian kini sedang disiasat.