Dua rakan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan maut apabila motosikal mereka melanggar belakang sebuah treler di Batu 10, Lekir di sini awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, Ahmadi Muaz Ahmad Khairusaleh Al Helmi, 17, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Khairul Fitri Mohd Noor, 17, yang parah di kepala, paru-paru serta patah rusuk meninggal di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata treler itu yang dalam perjalanan dari Sitiawan menuju Teluk Intan berhenti di bahu jalan akibat tayar pecah.