Dua sampel anjing yang diterima daripada Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di Ipoh dilaporkan sebagai positif virus Rabies, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS).
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Ismail Mahedin berkata, ia berdasarkan Ujian Direct Fluorescent Antibody (FAT) yang dihantar pada 10 Ogos lalu.
Kedua-dua sampel tersebut adalah dari Kampung Kuala, Jalan Gedong, Serian, yang sebelum ini menjadi lokasi jangkitan mangsa keenam, yang kini sedang kritikal.
"Bilangan sampel positif virus Rabies setakat ini adalah 36 sampel anjing dan 6 sampel kucing, daripada keseluruhan 180 keputusan sampel yang diterima daripada VRI.
"Untuk hari ini, setakat jam 3 petang tadi, sebanyak 139 ekor anjing telah divaksin di 10 buah kampung dalam Daerah Serian," katanya lagi.
Jumlah ini menjadikan secara kumulatif, sebanyak 31,815 ekor haiwan peliharaan, yang terdiri daripada 24,173 ekor anjing, 7,597 ekor kucing dan 45 haiwan lain telah divaksin.
Program Pemvaksinan Anjing pada esok kata Ismail, akan ditangguh bagi memberi laluan Program Pemvaksinan Anti-Rabies kepada petugas wabak.
"Program Pemvaksinan Anjing akan disambung semula pada Sabtu, 19 Ogos di Kampung Panchor Dayak dan Panchor Cina, Kampung Semada Belatok, Semada Mawang, Semada Tengah, Kampung Semukoi A, Semukoi Empegang, Kampung Sungai Apeng, Slabi Entukuh, Sungai Buruh dan Singai Turong.
Selain itu, sebanyak 35,759 survelan aktif dan 870 survelan pasif telah dilakukan untuk mengawal penularan wabak Rabies oleh JPVS di kawasan Serian, Kuching dan Sri Aman.
"Sejumlah 193 sampel yang terdiri daripada 175 sampel anjing, 17 sampel kucing dan satu sampel kelawar yang diperolehi dari Bahagian Kuching, Sri Aman, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Miri telah dihantar ke VRI untuk ujian virus Rabies.
Sementara itu kata Ismail, operasi bersepadu yang dikendali Kementerian Kerajaan Tempatan bersama JPVS setakat ini telah menangkap 1,048 ekor anjing terbiar di Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian sebagai langkah mengawal populasi anjing terbiar.
Rudi Affendi Khalik
Thu Aug 17 2017
Operasi bersepadu yang dikendali Kementerian Kerajaan Tempatan bersama JPVS setakat ini telah menangkap 1,048 ekor anjing terbiar di Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian sebagai langkah mengawal populasi anjing terbiar. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Dua sampel anjing Kampung Kuala di Gedong, Serian positif rabies
Kedua-dua sampel tersebut dari Kampung Kuala, Jalan Gedong, yang sebelum ini menjadi lokasi jangkitan mangsa keenam, yang kini sedang kritikal.