Dua belah tangan dan kaki kiri dari paras lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tali air belakang sebuah stesen minyak di Simpang Ampat, di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata anggota badan manusia itu ditemui pekerja stesen minyak tersebut pada 7 malam.
"Kaki kiri yang ditemui itu lengkap berseluar jeans biru dan ia sepadan dengan kaki kanan yang ditemui di tali air Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap semalam," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini.
Jarak antara Simpang Ampat dan Sungai Bakap kira-kira tiga kilometer dan polis percaya anggota badan itu milik warga asing kerana tiada suntikan BCG, katanya sambil memberitahu dua belah tangan dan kaki kiri itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap.
Semalam, kaki kanan dari paras lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tebing tali air di Jalan Kampung Permatang, tidak jauh dari lokasi mayat seorang lelaki tanpa kepala, tangan dan kaki ditemui pada Khamis lepas.
Bernama
Sun Nov 30 2014
Kaki kiri yang ditemui itu lengkap berseluar jeans biru dan ia sepadan dengan kaki kanan yang ditemui di tali air Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap semalam. -Gambar fail
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Bapa 8 anak nekad jual buah pinggang untuk beli khemah buat keluarga berteduh
Seorang lelaki menawarkan buah pinggang miliknya untuk dijual semata-mata mahu membeli sebuah khemah untuk dijadikan tempat tinggal keluarganya di utara Syria
Tragis! Anggota badan dipercayai milik ibu dan anak ditemui
Polis menahan seorang lelaki warganegara Singapura dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di kawasan perindustrian.
Dua tangan, kaki kiri ditemui di Simpang Ampat
Dua belah tangan dan kaki kiri dari paras lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tali air belakang sebuah stesen minyak di Simpang Ampat, di sini hari ini.