Tutup

Dua termasuk anggota polis maut kemalangan di Rompin

Dua termasuk anggota polis maut kemalangan di Rompin
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terbunuh dalam kemalangan maut itu. -Foto ihsan pembaca
ROMPIN: Dua individu termasuk seorang anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan maut selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung di KM138 Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, mangsa yang maut ialah Lans Koperal Raja Ahmad Faris Raja Mazlan, 29, dan pemandu lori, Wang Aji @ Wang Lip Hua, 69.
Menurutnya, kejadian jam 2 petang itu berlaku ketika kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Raja Ahmad Faris dari arah Segamat menghala ke Kuantan bertembung dengan lori jenis Toyota Dyna Hiace yang dipandu Wang Aji dari arah bertentangan.

"Ketika sampai di tempat kejadian, Perodua Kancil itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri, dalam masa yang masa kereta itu cuba semula masuk ke laluannya.
"Bagaimanapun, apabila berjaya masuk ke laluan, Perodua Kancil itu terus hilang kawalan lalu masuk ke jalan bertentangan sebelum bertembung dengan lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk proses bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan saksi bebas juga diminta untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



Tag: kemalangan, URB, Unit Rondaan Bermotosikal, Muadzam Shah, Kamarulzaman Jusoh, Raja Ahmad Faris Raja Mazlan, Wang Aji, Wang Lip Hua, Perodua Kancil, Toyota Dyna Hiace



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.