Kemeriahan sebuah majlis resepsi perkahwinan yang berlangsung pada Hari Valentine baru-baru ini bertukar suram buat pasangan pengantin baru, Cia Cen Lim dan Rachel Sim apabila berlaku perkara yang tidak diduga.

Pasangan itu yang sedang menyambut tetamu di restoran Sutera Pekin, Johor Bahru sekitar pukul 7.50 petang dikejutkan dengan berita kehilangan kotak wang hadiah atau angpow perkahwinan mereka yang mengandungi kira-kira RM70,000.

"Kotak wang di kaunter dijaga oleh adik saya dan teman lelakinya yang menjaganya selama berjam-jam," kata Cia.

Dia berkata wang telah dicuri apabila teman lelaki adiknya meninggalkan kaunter seketika untuk menyambut seorang tetamu.

Cia mendakwa, perhatian adiknya telah dialihkan oleh salah seorang suspek.

Kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan rakaman perbuatan tiga orang lelaki yang mencurigakan

"Sementara adik saya melayan seorang suspek yang menyamar sebagai tetamu, seorang lagi suspek lelaki pergi bawah meja untuk mencuri kotak angpow seperti yang dapat dilihat dalam rakaman CCTV itu," kata pengantin lelaki tersebut.

1 angpow
Rakaman CCTV yang diambil dari restoran pada malam kejadian itu. Salah seorang suspek dilihat dengan 'backpack'hitam. - Astro AWANI / Cia Cen Lim

Hilang duit Angpow
Kotak angpow adalah dilihat hilang dari kaunter dan dikatakan tersembunyi di bawah meja sebelum itu. - Astro AWANI / Cia Cen Lim

Menurut Cia, ketiga-tiga suspek membawa beg hitam.

"Salah seorang daripada mereka telah pun berpura-pura menjadi seorang jurugambar, mengambil gambar tetamu manakala seorang lagi berpakaian sebagai pengawal keselamatan," katanya.

Cia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Skudai tetapi kecewa dengan tindakan polis.

"Mereka telah meminta kami pula untuk melihat sekeliling restoran untuk petunjuk," tambah Cia yang telah memberikan polis beratusan gambar dari malam itu.

Cia yang kecewa meminta jurugambar profesionalnya, Julius yang mengambil gambar di majils tersebut pada malam itu untuk berkongsi kisahnya di laman web media sosial, dengan harapan suspek-suspek tersebut dapat ditangkap.

Mereka masih belum menerima sebarang maklumat daripada pihak polis atau orang awam mengenai nasib malang mereka.

Pengantin tersebut telah berbelanja sebanyak RM73,000 untuk majlis resepsi perkahwinan yang ketiga mereka.

Majlis pertama telah diadakan di Adelaide, Australia diikuti dengan yang kedua di Kuching, Sarawak.

Apabila dihubungi, Sarjan Marimuthu mengesahkan bahawa dia telah menerima laporan itu pada malam majlis resepsi itu dan berkata kes itu masih dalam siasatan.