Persatuan Sukan Elektronik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (ESKL) bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan kini dalam perancangan memperkenalkan e-sukan sebagai kokurikulum di semua sekolah menengah di Kuala Lumpur.
Presiden ESKL, Hisham Darus berkata ia akan dilaksanakan menerusi penubuhan kelab-kelab e-sukan dengan tujuan memberi pendedahan serta pemahaman kepada ibu bapa dan pelajar mengenai potensi sukan berasaskan permainan video itu.
Beliau berkata pihaknya telah berhubung dengan beberapa agensi di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam memastikan misi itu dapat dijayakan seawal bermula sesi persekolahan tahun depan.
"Sama seperti sukan lain, kita mahu atlet kita lebih berpengetahuan dan tahu batas apabila terlibat dengan e-sukan. Kita ingin lahirkan generasi yang bijak serta tahu 'do's and don'ts' sebab kebanyakan daripada mereka (pelajar) bermain ikut suka hati sampaikan ibu bapa juga tak boleh nak kawal.
"Inilah pentingnya mereka diberi pendedahan, dan pentingnya wujud kelab e-sukan di setiap sekolah menengah," katanya pada sidang media majlis pelancaran Kejohanan Kuala Lumpur Esports Masters 2020 di Putrajaya di sini, pada Ahad.
Majlis yang turut menyediakan pameran serta aktiviti menarik dihadiri hampir 5,000 penggiat e-sukan tempatan itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
Kejohanan Kuala Lumpur Esports Master 2020 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta dengan menampilkan lima kategori pertandingan - permainan video komputer, permainan video telefon pintar, permainan video konsol, perlumbaan-e dan permainan video realiti maya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
Langkah awal adalah dengan penubuhan kelab-kelab e-sukan dengan tujuan memberi pemahaman kepada ibu bapa dan pelajar mengenai potensi sukan berasaskan permainan video itu. - Reuters
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KazanForum 2024: Era sukan 'phygital' kini bermula di Rusia
Sukan phygital merujuk kepada konsep penggunaan teknologi untuk menghubungkan dunia digital dengan dunia fizikal.
ePiala Asia: Indonesia juara, tewaskan Jepun!
Pemain Indonesia yang dibarisi Elga Cahya Putra dan Akbar Paudie meneruskan aksi yang konsisten tanpa gentar walaupun diasak.
MAG Rebels juara Dota 2 MEC23/24
MAG Rebels bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.
Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat
Penganjuran kejohanan e-sukan buka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik.
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship dibuka hingga 5 Jan
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan.
Malaysia jadi tuan rumah Kejohanan Dunia MLBB M6 tahun depan
Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar e-sukan sejagat tahun depan dengan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6.
KBS mahu lebih banyak e-sukan bertaraf dunia dianjur di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
Hapus stigma berkuda, memanah sukan kayangan
Kewujudan sukan berkuda dan memanah di tengah-tengah kawasan perumahan memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk mendekatinya.
Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa
Pasukan e-sukan negara menambah koleksi pingat apabila berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi.
E-sukan bakal sumbang pingat pertama Sukan Asia
MALAYSIA mengesahkan pingat pertama dalam Sukan Asia Hangzhou menerusi acara e-sukan selepas layak ke pusingan akhir.