Kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) daripada terus berleluasa, sekali gus membantu mereka kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan normal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata dengan menyantuni golongan itu secara berhemah dan pendekatan kasih sayang, ia diyakini dapat menarik golongan itu daripada terus mengamalkan gaya hidup songsang dan seks bebas yang mendorong mereka terus terjebak dalam lembah kehinaan.
Katanya pendekatan kekerasan dengan menggunakan undang-undang dilihat tidak mampu membendung penularan gejala sosial itu malah ia semakin membimbangkan apabila statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 80 peratus daripada golongan transgender terlibat dalam industri berkaitan seks.
"Untuk menyelesaikan masalah ini, kita kena keluarkan mereka terlebih dahulu dari industri itu dan ini tidak akan berlaku sehinggalah kita ada sikap lebih terbuka untuk bantu dan bimbing mereka... itu lebih penting berbanding masalah pakaian dan lain-lain.
"Kita tidak mahu hanya menggunakan undang-undang kerana kelompok ini perlu didekati untuk kita memahami apa masalah yang melingkari hidup mereka dan bagaimana kita boleh bantu mereka supaya kembali kepada fitrah yang Allah jadikan antara lelaki dan perempuan," katanya selepas merasmikan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari 2018, di sini hari ini.
Pada persidangan Dewan Rakyat 23 Julai, Mujahid berkata undang-undang sedia ada melarang golongan itu mengamalkan gaya hidup mereka. Menikmati hak sama rata sebagai warganegara, golongan LGBT tidak boleh didiskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.
Isu LGBT menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat di negara ini dan Islam melarang sekeras-kerasnya cara hidup songsang kalangan umatnya namun dalam masa yang sama terdapat pihak yang mahu golongan ini tidak 'diganggu' atas alasan ia adalah hak asasi manusia.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata kerajaan akan terus mempergiatkan penganjuran kempen, seminar atau kem bagi mendekati golongan berkenaan dan keluarga yang mempunyai anak tergolong sebagai LGBT.
"Ibu bapa juga kena ada kesedaran supaya gejala ini dapat dibendung dari awal... kami bersedia membimbing kerana kita ada kepakaran yang boleh disumbangkan untuk sama-sama mengatasinya," katanya.
BACA: LGBT berdosa tapi tak jadikan mereka kafir: Dr MAZA
BACA: Majlis tidak senonoh: Safiey Ilyas mohon maaf, janji nasihatkan teman LGBT
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata Terengganu serius menangani gejala LGBT terutama golongan 'mak nyah' dan akan terus mengadakan pelbagai usaha termasuk membuka peluang pekerjaan bagi mencegah mereka daripada terlibat dalam industri seks.
"Insya Allah, hujung Ogos ini kita akan temukan mereka dengan agensi kerajaan yang berkenaan untuk nyatakan keperluan yang mereka mahu sama ada kedai atau latihan (Jabatan Hal Ehwal Terengganu), pihak hospital dan NGO yang berkaitan bagi memastikan penjagaan kesihatan kerana dibimbangi golongan ini dijangkiti HIV atau AIDS kesan daripada kehidupan songsang yang diamalkan sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 29 2018
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (kanan) beramah mesra bersama wakil komuniti Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang telah berhijrah Mohd Khariri Mohamad Ramli (kiri). - Foto Bernama
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Pelajar meninggal dunia ketika acara larian rentas desa
Seorang pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, pada Jumaat.
Pemandu bas langgar 11 kenderaan direman
Pemandu bas yang merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Johor pada Khamis, direman empat hari sehingga Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Konflik Israel-Iran: Wisma Putra pantau situasi di Timur Tengah
Susulan ketegangan yang berlaku di antara Israel dan Iran, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata ia akan terus memantau situasi di Timur Tengah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Izara Aishah pilih tawaran berlakon, hanya filem dan drama bersesuaian - “Jalan cerita sekarang, saya tak minat”
Pelakon Izara Aishah mendedahkan dia ada menerima beberapa tawaran untuk anak perempuan sulungnya iaitu Irisa Alaia yang kini berusia empat tahun.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.