Kementerian Kesihatan sudah bersiap sedia untuk menerima lebih banyak mayat pengganas di Hospital Lahad Datu untuk ditempatkan bagi tujuan siasatan forensik sebelum dikebumikan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya sudah menyediakan empat kontena untuk menempatkan mayat-mayat berkenaan.

Kami sudah sedia. Malah kami sudah siapkan empat kontena. Kami sudah siapkan semua kemudahan," katanya selepas melawat bilik gerakan di Hospital Lahad Datu hari ini.

Bilik gerakan yang dibuka bagi membantu Ops Daulat dikendalikan oleh sepasukan doktor pakar, pegawai kecemasan dan forensik.

Dalam pada itu, Tiong Lai turut memaklumkan, enam pasukan perubahan yang dianggotai oleh 44 orang doktor kini ditempatkan di empat pusat pemindahan di kawasan yang terjejas akibat insiden pencerobohan itu.

Pada masa sama, dua ornag pakar psikiatri turut ditugaskan di Hospital Lahad Datu untuk memberikan khidmat kaunseling kepada penduduk yang terlibat.

Sehingga kini, 1,400 penduduk dari kampung sekitar terjejas selepas kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu menceroboh Lahad Datu sejak sebulan yang lalu dan mereka kini ditempatkan di penempatan sementara.