Empat lagi kematian akibat keracunan metanol dilaporkan, dengan tiga dari Selangor dan satu di Kuala Lumpur, menjadikan jumlah terkini kematian yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat kepada 37 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kematian yang dilaporkan daripada kemudahan KKM sehingga 12 tengah hari tadi, 23 kes direkodkan di Selangor, 11 di Kuala Lumpur dan tiga di Perak.
Berdasarkan kewarganegaraan, kematian melibatkan dua warga Bangladesh, dua (India), 11 (Myanmar), lapan (Nepal), 10 (Malaysia) dan empat lagi tidak diketahui kewarganegaraan.
Dr Noor Hisham berkata KKM menerima 93 notifikasi kes keracunan metanol daripada kemudahan kesihatannya sejak 15 Sept hingga 12 tengah hari tadi.
"Semenjak 12 tengah hari 23 Sept sehingga 12 tengah hari tadi, enam notifikasi kes baharu diterima melibatkan empat dari Perak dan satu (kes) masing-masing dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
"Dengan pertambahan ini menjadikan jumlah kes keracunan metanol di Kuala Lumpur adalah 17 kes, Negeri Sembilan meningkat kepada dua kes manakala Selangor dan Perak kekal masing-masing 62 dan 12 kes," katanya dalam kenyataan.
Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah yang dicatatkan menerima rawatan di hospital, lapan didapati stabil dan dibenarkan pulang.
Sebanyak 23 pesakit masih lagi menerima rawatan di 12 hospital sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata daripada 23 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital, lapan pesakit adalah kes kritikal.
"KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 25 2018
Beliau berkata daripada 23 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital, lapan pesakit adalah kes kritikal.
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Tragedi arak beracun: Angka kematian di Tamil Nadu meningkat kepada 20
Kematian dilaporkan di dua daerah iaitu Villupuran (13) dan Chengalpattu (7).
Empat lagi kematian keracunan metanol
Empat lagi kematian akibat keracunan metanol dilaporkan, dengan tiga dari Selangor dan satu di Kuala Lumpur.