Empat rakyat Malaysia adalah antara 13 lelaki yang ditahan kerana terlibat dalam kes rokok seludup dalam serbuan selama dua hari oleh Kastam Singapura, minggu lepas.
Dalam satu kenyataan di sini, Kastam Singapura berkata pihaknya merampas 26,714 karton dan 840 paket rokok tanpa dibayar cukai dan menahan 13 lelaki di lima lokasi berasingan.
Keempat-empat rakyat Malaysia itu ditahan pada hari pertama serbuan.
Pada 18 Sept, Kastam Singapura melakukan pemeriksaan ke atas dua trak berdaftar di Singapura di sekitar Choa Chu Kang Avenue 2 dan 3, dan menemukan kotak mengandungi rokok yang tidak dibayar cukai dalam kedua-dua trak.
Tiga lelaki Malaysia berusia antara 31 dan 36 tahun ditahan kerana berurusan dengan rokok tanpa dibayar cukai dan 2,142 karton rokok yang tidak dibayar cukai telah disita, kata kenyataan itu.
Pada hari yang sama, Kastam Singapura menyerbu ke sebuah unit gudang di Bukit Batok Crescent dan mengesan empat lelaki sedang memunggah rokok tanpa dibayar cukai dari palet kotak karton dalam unit tersebut.
Keempat-empat lelaki tersebut, seorang rakyat Malaysia dan tiga warga Indonesia, berumur antara 20 dan 40 tahun, ditahan dan 12,513 karton dan 840 paket rokok tanpa cukai dirampas.
Pada hari terakhir serbuan, Kastam Singapura menahan enam lelaki warga Singapura.
Menurut kenyataan itu, pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tidak dibayar dan/atau dipenjara sehingga enam tahun sementara kenderaan yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu akan dilucuthak .
Jumlah duti dan GST yang tidak dibayar berjumlah, masing-masing kira-kira S$2,389,280 dan S$175,660.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 26 2019
Empat yang ditahan pihak berkuasa Kastam Singapura bersama barangan yang mereka seludup. - Foto: Facebook: Singapore Customs
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat rakyat Malaysia ditahan di Singapura kerana kes rokok seludup
Kastam Singapura merampas 26,714 karton dan 840 paket rokok tanpa dibayar cukai dan menahan 13 lelaki di lima lokasi berasingan.