Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak sedang menjalankan enam projek membaiki cerun runtuh di sepanjang jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, kerja-kerja baik pulih dan mengukuhkan enam cerun terbabit dilaksanakan Syarikat Konsesi PUSB.

Ia melibatkan kos keseluruhan berjumlah 5.4 juta.

Menurutnya, keseluruhan projek dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

“Kerajaan negeri mengambil maklum kebimbangan orang ramai berkaitan isu cerun runtuh di beberapa tempat jalan itu,” kata Abdul Yunus dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Foto ihsan JKR

Abdul Yunus berkata, buat masa ini pihak JKR telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi membendung kejadian yang tidak diingini.

Dalam masa sama, beliau menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila melalui kawasan terbabit, terutama pada waktu malam.

Foto ihsan JKR