Enam lelaki termasuk seorang kanak-kanak nyaris maut selepas bot dinaiki terbalik ketika berada di Pulau Mentagor, kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Pangkor di sini, malam ini.
Mangsa, Mohamed Fadzrul Mohd Faizal, 8; Muhammad Hazwan Zainal, 29; Muhamad Zubir Suhaimi, 28; Shahril Zakaria, 29; Mohd Zulkarnain Sohaimen, 32; dan Mohd Faisal Abd Majid, 35, dikatakan sedang memancing di kawasan tersebut sebelum bot mereka terbalik berikutan angin kencang.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Sukardi Mohamed berkata tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira pukul 9 malam.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kesemua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh nelayan yang berada di sekitar lokasi kejadian.
"Bot mereka ditunda balik oleh sekumpulan 'beachboy'. Bot mengalami kerosakan di bahagian bumbung serta enjin," katanya ketika dihubungi di sini.
Sukardi berkata kesemua mangsa dari Kampar dihantar ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk pemeriksaan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018
Kesemua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh nelayan yang berada di sekitar lokasi kejadian. - Gambar hiasan
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Lima lokasi sungai, air terjun di Kuala Krai dikenal pasti berlaku kepala air
Orang awam diharap tidak melakukan aktiviti di lokasi berkenaan kerana bimbang akan berlaku fenomena kepala air dalam musim hujan ini.
JBPM Johor sanitasi tiga pintu masuk negeri bermula esok
Libatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir
JBPM Kuala Krai terima panggilan kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari bagi memindahkan dua keluarga dari Kampung Kenor.
Warga emas maut ketika sertai ekspedisi pacuan empat roda di Gerik
Setibanya anggota JBPM di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa keluar ke jalan utama oleh peserta ekspedisi yang lain.
Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang
Anggota JBPM terpaksa memotong besi itu menggunakan alat pemotong khas.
Mangsa kedua berjaya dikeluarkan dari runtuhan
Mangsa warga Bangladesh itu dibawa keluar dari runtuhan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki terbalik di Kota Tinggi
Sembilan anggota dengan dua jentera dan satu bot aluminium dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.
Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.50 petang.
Lelaki maut dihempap batu kuari
Mangsa Loi Thiam Fatt, 56, disahkan maut oleh pegawai perubatan dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi itu.
Tragedi Bukit Kukus: Pasukan SAR turut selamatkan kucing yang tertimbus
Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong yang masuk hari kedua telah menyelamatkan seekor kucing.