PERDAGANGAN antarabangsa bukan sekadar jualan atau pertukaran barangan dan perkhidmatan. Ia lebih luas daripada itu. Ia merangkumi perdagangan yang dilakukan merentasi sempadan geografi menggunakan kerangka perhubungan pelbagai undang-undang budaya dan amalan perniagaan.

Dalam hal ini, slogan “kejujuran ialah amalan terbaik” sangat kritikal untuk diaplikasikan bagi memastikan amalan niaga terbaik dan paling jujur. Bagaimanakah kita memaknakan sebuah kejujuran dalam konteks perdagangan bebas?

Pendekatan formal dalam rundingan perdagangan ialah kewajiban dan ia memerlukan satu set undang-undang dan peraturan yang mengaplikasikan peraturan ketelusan dalam setiap perdagangan.

Isu kejujuran, kesaksamaan dan kebertanggungjawaban dalam urus tadbir koprat dan sektor awam memaksa isu ketelusan dalam perdagangan antarabangsa menjadi sangat penting berbanding sebelum ini.

Wadah TPPA jelasnya ialah satu bentuk wadah yang terpisah dan mencapah. Mereka yang menyokong mempunyai sebab tersendiri memberi sokongan kepada TPPA. Tetapi apabila ada yang mengkritik TPPA, ianya berdasarkan kebimbangan berasas yang kehidupan orang awam akan terjejas kerananya.

Bagaimanapun kita perlu mengetahui apakah itu TPPA dan apakah sejarah ideologinya.

TPPA dikatakan bertindak sebagai sebuah jentera pembebasan perdagangan. Walaupun hakikat nyata daripada segi skop dan kuasa mencadangkan ianya lebih daripada perjanjian perdagangan.

Tetapi apa yang pasti hasil daripada rundingan TPPA ialah sebuah perjanjian perdagangan serantau (RTA)

Di bawah sistem GATT/WTO hanya terdapat tiga kategori RTA: perjanjian keutamaan perdagangan (PTA), perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan kesatuan kastam (CU). TPPA bukanlah hanya sekadar PTA yang selalunya membentuk komitmen menyeluruh dan mendalam negara untuk membuka pasaran mereka untuk kemasukan barangan dan perkhidmatan asing.

Ia juga bukanlah CU, kerana TPPA tidak memerlukan integrasi ekonomi dalam kalangan ahlinya, sehingga mencapai tahap mereka menyelaraskan halangan tarif dan bukan tarif yang dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan daripada negara bukan ahli.

Maka boleh untuk dikatakan, yang TPPA ialah FTA. Menjadi FTA, TPPA seharusnya mengurangkan atau menghapuskan halangan perdagangan antara ahli dalam FTA yang berkaitan (contohnya TPPA).

Terdapat ketaksuban kepada FTA dalam dunia masa kini. Banyak negara sudah berunding dan menamatkan perundingan FTA dengan pandangan yang, peningkatan perdagangan dalaman FTA akan menjana faedah bersama.

Tetapi, kita perlu memahami sejarah ideologi yang mendasari ketaksuban ini. Mempunyai pemahaman menyeluruh tentang sejarah membenarkan kita meletakkan segalanya dalam kaedah yang saksama dan sesuai.

Perdagangan bebas bukanlah satu-satunya ideologi yang mempunyai pengikut setia dalam kalangan orang biasa dan kelompok inteleketual. Pada permulaan kurun ke-16, ketika Eropah mula meneroka Dunia Baru, aktiviti perdagangan antarabangsa digerakkan oleh penjajahan.

Negara Eropah untuk memburu kuasa ketenteraan dan politik. Perdagangan dalam barangan mewah termasuklah rempah ratus, bijih timah, bijiran dan logam berharga dikawal dan dimonopoli dan monopoli yang berjalan serentak dengan perluasan kawasan jajahan mengheret kepada zaman kezaliman dan pembunuhan beramai-ramai.

Ini ialah era mercantilism. Perdagangan tidak bebas.

Situasi ini berlanjutan sehinggalah orang awam mula berminat dengan idea Adam Smith atau lebih khusus idea mengenai perdagangan bebas.

Tetapi adakah idea perdagangan bebas benar-benar bercakap tentang membebaskan masyarakat daripada penindasan dan kawalan pihak lain. Ia adalah benar, bahawa prinsip pasaran bebas mengandaikan pembukaan pasaran kepada barangan luar dan ianya adalah baik mengikut pandangan Smith, sebagaimana perbandingan faedah yang diterima oleh Negara yang akan menjual barangan terbaik yang mereka boleh hasilkan dan membeli barangan yang mereka tidak mempunyai kemampuan untuk keluarkan.

Seterusnya Negara boleh membuat pengkhususan dan semua orang akan menerima manfaat. Sudah pasti keringkasan hujah ini boleh menyebabkan sesetengah ahli ekonomi dan pengikut tegar pengkaji teori Adam Smith yang menghabiskan masa bertahun mempertahankan teori ini berasa gusar.

Tetapi cuba bayangkan bagaimana idea ini dipasakkan dalam realiti sejarah. Britain ialah negara pertama yang membuka pasaran kepada barangan luar dengan penghapusan undang-undang jagung.

Undang-undang ini melindungi pengeluaran jagung di Britain dan Ireland daripada persaingan asing. Tetapi British melakukan perkara yang berlainan dalam isu pengeluaran dan perdagangan garam di negara jajahannya, India, sebelum kemerdekaan.

Undang-undang garam diperkenalkan untuk membenarkan garam yang dikeluarkan di England untuk di eksport ke India dengan harga yang lebih murah manakala garam berkualiti tinggi hasil keluaran India dipaksa eksport ke Britain.

Malah dilaporkan bahawa, orang India yang mempunyai jumlah garam melebihi undang-undang akan dihukum oleh pihak berkuasa Britain. Jika ada mendakwa yang amalan ini tidak bertahan dalam zaman moden, Gerakan Garam yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi ialah peringatan jelas yang undang-undang garam yang berat sebelah masih wujud pada awal kurun ke 20.

Sudah tentu persekitaran semasa berbeza. Tidak wujud lagi proses penjajahan oleh Barat. Tetapi jika kita mula membenarkan negara maju untuk menentukan apa yang negara membangun patut hasilkan dan tidak hasilkan, tragedi undang-undang garam India mungkin berulang di negara ini.



*Anas Alam Faizli memegang ijazah kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan. Beliau adalah seorang professional bidang pembinaan dan minyak & gas, seorang warganegara Malaysia yang prihatin dan adalah pengarang Rich Malaysia, Poor Malaysians dan bertweet di @aafaizli

** Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.