Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan bahawa Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) masih beroperasi dan mereka yang membuat permohonan sehingga 27 April akan terus mendapat bantuan kewangan seperti kelulusan.
Kenyataan Perkeso pada Jumaat menjelaskan bahawa mesej di Twitter yang tular dan mendakwa bahawa peruntukan tidak mencukupi bagi program itu adalah ciapan tanpa kebenaran dan tidak menggambarkan kemajuan sebenar program tersebut.
"Setakat hari ini, Perkeso telah menerima sejumlah 27,222 permohonan daripada majikan membabitkan 230,652 pekerja dan peruntukan sebanyak RM120 juta sebagai bantuan kewangan kepada 200,000 pekerja di bawah program itu.
"Ketika ini, Perkeso sedang memproses permohonan itu dan mengeluarkan peruntukan kepada permohonan yang diluluskan berdasarkan syarat-syarat kelayakan," menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Pada 16 Mac, kerajaan telah mengumumkan ERP di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi bagi mengurangkan beban majikan yang terjejas secara ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan itu, kerajaan telah memperuntukkan RM120 juta bagi program tersebut yang mana RM60 juta adalah daripada kerajaan manakala RM60 juta adalah daripada Skim Insurans Pekerjaan Perkeso (EIS).
"Bantuan kewangan bernilai RM600 sebulan adalah bertujuan membantu pekerja yang diberikan Cuti Tanpa Gaji dengan persetujuan dan bantuan dibayar melalui majikan," menurut kenyataan itu.
Semalam, tular di Twitter bahawa program ERP telah ditutup berkuat kuasa pada 22 April dan permohonan yang dikemukakan selepas tarikh itu tidak akan diproses.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 01 2020
Kenyataan Perkeso pada Jumaat menjelaskan bahawa mesej di Twitter yang tular dan mendakwa bahawa peruntukan tidak mencukupi bagi program itu adalah ciapan tanpa kebenaran dan tidak menggambarkan kemajuan sebenar program tersebut. - Gambar Perkeso
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.