Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pada Selasa membentangkan 'kad laporan' pencapaian tahun pertama sebagai wakil rakyat di kawasan parlimen itu.
Laporan itu dibentangkan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Kerinchi, menggariskan 10 pencapaian sepanjang tahun pertamanya memikul mandat sebagai ahli parlimen selepas memenangi kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata antara pencapaiannya termasuk melaksanakan projek tabung makanan (food bank) dan program 'Ikan Segar Harga Berpatutan' untuk bantu golongan isi rumah berpendapatan rendah B40.
"Pencapaian lain termasuk mengembalikan nama warisan Kampung Kerinchi, perluasan perkhidmatan bas percuma GoKL dan mengembangkan Program Tuisyen Rakyat termasuk kelas Bahasa Inggeris secara percuma," katanya.
Ahmad Fahmi dalam ucapannya berkata agenda pembangunan Lembah Pantai pula ditumpukan pada empat fokus iaitu perumahan, pendidikan, pembangunan bandar dan pekerjaan.
Katanya untuk fokus tahun depan satu pusat kerja yang dinamakan Pusat Kerja Lembah Pantai akan diwujudkan bagi membantu penduduk yang tinggal dan bekerja di Lembah Pantai.
"Di kawasan ini terdapat kira-kira 200 syarikat yang boleh menawarkan pekerjaan dan latihan kepada penduduk setempat. Ini bagi membantu mereka yang tinggal di kawasan ini boleh turut bekerja di sini tanpa keluar," katanya.
Turut disasar ialah pembinaan satu lagi Projek Perumahan Rakyat (PPR), pembukaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan 100 Perpustakaan Mikro di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
Ahmad Fahmi berkata agenda pembangunan Lembah Pantai pula ditumpukan pada empat fokus iaitu perumahan, pendidikan, pembangunan bandar dan pekerjaan. - Gambar fail
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.