#FakeNews: Kenyataan mengenai orang Sabah, Sarawak bukan dari laman Facebook 'Friends of BN'

#FakeNews: Kenyataan mengenai orang Sabah, Sarawak bukan dari laman Facebook 'Friends of BN'
Laman web BN menjelaskan, komen itu bukan dari laman rasmi Friends of BN - Barisan Nasional sebaliknya laman yang menggunakan nama dan logo yang sama. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Terdapat satu sebaran paparan skrin di mana kononnya ‘Friends of BN-Barisan Nasional’ telah berkongsi satu komen mengenai orang Sabah dan Sarawak.

Komen yang dikongsi di Facebook itu berkata orang Sabah dan Sarawak yang tinggal di pendalaman hanya perlukan beras dan gula untuk beri sokongan.

Dalam satu kenyataan menerusi laman web Barisan Nasional (BN), parti itu menjelaskan, komen itu bukan dari laman rasmi ‘Friends of BN - Barisan Nasional’.
Sebaliknya ia merupakan laman yang menggunakan nama dan logo yang sama.

#FakeNews: Kenyataan mengenai orang Sabah, Sarawak bukan dari laman Facebook 'Friends of BN'

“Cara untuk membezakan laman original (asli) atau palsu adalah laman palsu tidak mempunyai ‘tick’ biru di hujung nama.

“Manakala laman original mempunyai ‘tick’ biru (sebagai tanda 'Verified') untuk menunjukkan laman sebenar,” kata satu kenyataan di laman web Barisan Nasional.

Dengan itu, segala kenyataan atau komen dari laman 'Friends of BN - Barisan Nasional' akan mempunyai 'tick' biru.