Pihak berkuasa Filipina akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesemua 35 suspek pengganas yang ditahan di kepulauan Tawi-Tawi.

Kesemua mereka berjaya dipintas ketika dipercayai sedang melarikan diri dari Sabah.

Memetik laporan ABS-CBN, 35 yang ditahan itu mengakui sebahagian daripada kumpulan bersenjata Jamalul Kiram III.

Mereka ditahan kerana memiliki senjata secara haram dan mencabuli undang-undang pengharaman senjata.

Sementara itu, pihak berkuasa Filipina menghantar dua anggota penyiasat ke Mindanao.

Ia sebahagian usaha menyiasat laporan terdapat konspirasi yang merancang pencerobohan di Lahad Datu.

Menurut media Filipina, dua individu telah disiasat berhubung isu terbabit.