'Flaperon' boleh terapung kerana diperbuat daripada komposit ringan - Nik Huzlan
Serpihan pesawat atau 'flaperone' yang ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar di Lautan Hindi pada awal pagi Khamis boleh terapung kerana ia diperbuat daripada komposit ringan.
T K Letchumy Tamboo
Sun Aug 02 2015
Serpihan pesawat atau flaperone yang ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar di Lautan Hindi pada awal pagi Khamis boleh terapung kera ia diperbuat daripada komposit ringan.
Serpihan pesawat atau ‘flaperone’ yang ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar di Lautan Hindi pada awal pagi Khamis boleh terapung kerana ia diperbuat daripada komposit ringan.
Ini adalah pendapat bekas ketua juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussein yang berkata mungkin juga terdapat ‘air pocket’ di dalamnya.
“Dalam pesawat jet modern, ada kepak-kepak yang boleh dikeluarkan pesawat untuk mendarat dan terbang. Bila mendarat kita tidak hendak mendarat dengan laju.
“Flaperone boleh terapung kerana ia diperbuat daripada komposit yang ringan dan padat. Ia mungkin ada ‘air pocket’ di dalam.
“Dia tak kalis air dan sebab itu boleh terapung,” katanya.