Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta pertubuhan dan persatuan yang mempunyai persamaan aktiviti supaya bergabung di bawah satu pertubuhan bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kewangan.
Beliau berkata penggabungan itu juga dapat memastikan anggota pertubuhan mendapat manfaat selain pertubuhan sentiasa bergerak aktif menerusi pelbagai aktiviti sama ada yang berkaitan dengan penubuhan persatuan atau aktiviti kemasyarakatan.
"Sebagai contoh, penggabungan persatuan permotoran seluruh negara yang kini dikenali sebagai Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia di mana kira-kira 2 juta 'bikers' dari seluruh negara menyertai ekspedisi permotoran sama ada motosikal besar (berkuasa tinggi), sederhana, mahu pun 'kapcai'.
"Saya ingin ucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin persatuan permotoran seluruh negara yang sanggup gabungkan persatuan itu bawah satu naungan dan pada masa sama, mereka boleh menjalankan aktiviti masing-masing," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pertubuhan Kebangsaan di Pantai Batu Burok di sini, pada Jumaat.
Turut hadir enteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Anggota Palimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Datuk Mohammad Razin Abdullah.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menarik perhatian mengenai inisiatif kerajaan Terengganu yang mewujudkan litar permotoran di Gong Badak sebagai alternatif untuk mengurangkan masalah lumba haram di jalan raya.
"Sejak ada gelanggang motosikal di Gong Badak, tiada lagi aktiviti permotoran haram di jalan-jalan di Terengganu. Ini satu yang baik dan kerajaan negeri juga memperuntuk RM100,000 kepada bengkel-bengkel yang memberi perkhidmatan percuma kepada pemilik motosikal kecuali bagi pembelian alat ganti.
"Tahniah diucapkan kepada MB (Ahmad Razif) yang dilihat mengambil peduli terhadap anak-anak buah di bawah...MB ambil inisiatif ini, jadi kita ucap tahniah," katanya.
Ahmad Zahid juga menggesa semua pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya tidak melanggar mana-mana peraturan Akta Pertubuhan 1966 bagi mengelak persatuan mereka dibatalkan pendaftarannya.
Sejak 2013, sebanyak 44 peratus atau 28,190 persatuan daripada 63,846 persatuan telah dibatalkan kerana melakukan pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang berkenaan.
"Ia termasuk kegagalan mengemukakan penyata tahunan dan kewangan tahunan, mengadakan mesyuarat agung tahunan dan perebutan jawatan dalam kalangan anggota persatuan," katanya.
Ahmad Zahid berkata ROS telah melakukan penambaikan bagi memudahkan pertubuhan menghantar dokumen menerusi proses pendigitalan (secara dalam talian).
"Apabila pendigitalan 100 peratus ertinya kerajaan mengharapkan situasi ini belaku kepada semua pihak. Kita harap pemimpin-pemimpin persatuan pertubuhan dan organisasi patuh arahan ini. Ia bukan kehendak ROS tetapi ini peraturan yang kita terima dan guna pakai," kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2017
Beliau berkata penggabungan itu juga dapat memastikan anggota pertubuhan mendapat manfaat selain pertubuhan sentiasa bergerak aktif.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
ROS batal pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia
Menurut Noorzaleha, pembatalan itu dibuat selepas MTC didapati dengan sengaja melakukan kesalahan bertentangan Akta Pertubuhan 1966.
Bawa ke Parlimen Akta Pertubuhan 1966 jika mahu dipinda - Ahmad Zahid
Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) merupakan satu akta yang diluluskan oleh Parlimen dan sekiranya ada pihak yang mahu ia dipinda, perkara itu seharusnya diserahkan kembali kepada Parlimen.
Presiden, ahli Skuad Badar ditahan reman
Perintah reman dua hari sehingga Sabtu terhadap presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Fared Abd Latif di Mahkamah Sungai Petani, pada Khamis.
Gabung persatuan permudahkan pemberian dana kerajaan - Ahmad Zahid
Pertubuhan dan persatuan yang mempunyai persamaan aktiviti supaya bergabung di bawah satu pertubuhan.
ROS profesional, ikut peraturan - TPM
Keputusan ROS itu mengikut perlembagaan parti itu sendiri dan Akta Pertubuhan 1966 demi menjaga kepentingan ahli dan pertubuhan itu sendiri.
Polis tahan 23 anggota kongsi gelap, leka acara angkat sumpah
Dalam serbuan sekitar 4.30 petang itu, kesemua individu berusia 22 hingga 55 tahun itu dipercayai sedang asyik mengadakan upacara angkat sumpah sebagai anggota kumpulan kongsi gelap.