Susulan kegagalan menyiapkan 33 buah rumah kekal bagi mangsa banjir di Kuala Krai, khidmat kontraktor projek terbabit ditamatkan serta merta.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang kesal dengan kegagalan projek terbabit berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kita kesal dengan perkara ini kerana pembinaan rumah menggunakan kaedah itu hanya mengambil masa empat bulan untuk disiapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Jeli Best 2017 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Mohamed, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengambil tindakan susulan terhadap kontraktor terbabit.

Tambahnya, kontraktor baharu yang dilantik akan menyiapkan rumah tersebut secara konvensional dan ia akan disiapkan mungkin.