Pengguna di beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 1 dan 2 Nov ini berikutan kerja-kerja pemasangan tee, pencucian kolam dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dan LRA Jelai.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dalam kenyataan, memaklumkan gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban dan Rembau adalah selama 24 jam mulai 8 pagi (1 Nov), manakala di Kuala Pilah dan Jempol juga selama 24 jam mulai 9 pagi (1 Nov).
"Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," menurut kenyataan itu hari ini.
Di Port Dickson antara kawasan terlibat ialah dari Escort Estet, Kampung (Kg) Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, kawasan Taman (Tmn) Sirusa Jaya Batu (Bt) 6, Jalan (Jln) Pantai, seluruh kawasan Bt 5 Jln Pantai, kem-kem tentera Bt 5 Jln Pantai, kem-kem tentera Bt 4 Jln Pantai, Kg Baru Sirusa, Jln Sua Betong, Tmn Desa PD, Kg Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi.
Serta seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Spring Hill, kawasan Bt 6 Jln Seremban dan Bt 7 Jln Seremban sehingga kawasan simpang Siliau.
Di Seremban antara kawasan terlibat ialah Tmn Pinggiran Senawang, Kg Ulu Rantau, Sekolah Datuk Abdul Razak, RTM, Tmn Permata, Ladang Batu 11, Ladang Kombok, Tmn Ulu Lalang, Kg Solok, Kg Ribu, Kg Sega Ulu, Kg Sega Hilir, Tmn Rantau, Jln Air Kuning, Tmn Permata dan Nusari Bayu.
Di Rembau antara kawasan terlibat ialah Tmn Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Chembong, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kg Pedas Batu 4 (kanan & kiri), Tmn Pinggiran Pedas, Kg Minching Baru, Sg Ibor Batu 3, Kg Minching Lama, Tmn Pedas Indah dan Institut Latihan Perindustrian Pedas.
Di Kuala Pilah membabitkan kawasan antaranya ialah Kg Pelangai, Kg Sungkak, Kg Sg Dua, Kg Kuala Jemapoh, Kg Beting, Kg Seri Jemapoh, Kg Kuala Gentam, Pejabat Daerah Kuala Pilah, Kg Jemapoh, Kg Desa Jemapoh, Kg Mara Parit Tinggi dan Kg Desa Parit Tinggi,
Di Jempol, ia melibatkan sebahagian Rompin, Rumah Rakyat Rompin, Kg Orang Asli Batu Peti dan NS Cement.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. -- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2016
Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan. - EPA/HOW HWEE YOUNG
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Gangguan bekalan air di Negeri Sembilan pada 1-2 Nov
Gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja pemasangan tee, pencucian kolam dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Linggi dan LRA Jelai.