Beberapa kawasan di ibu negara dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan penambahbaikan kecekapan sistem pengagihan air bermula 3 pagi Selasa ini (27 Sept) hingga 8 malam keesokannya (28 Sept).

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata segala usaha akan dilaksanakan untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian secepat mungkin.

Sehubungan itu pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 27 Sept ini, kata beliau.

Antara kawasan yang terlibat di Petaling adalah SS1, SS2, SS3, SS4 (A,B,C,D), SS5 (A,B,C,D), SS6, SS7, SS8A, SS9A, SS20 di Damansara Kim, SS21 di Damansara Utama, SS22, SS22A, PJU3 di Sunway Damansara, Bandar Utama, Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort, Taman Tun Dr Ismail, Taman Tun Dr Ismail, Kg Sungai Penchala dan Bukit Lanjan.

Selain itu kawasan Pinggiran TTDI, Kg Sg Kayu Ara, Ara Damansara, Seksyen 14, 11, 12, 13, 19, 20, 21, 22, PJU 7 di Mutiara Damansara, PJU8 di Damansara Perdana, Pelangi Damansara, Universiti Malaya, Hotel Eastin, Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA),Kuala Lumpur Golf & COuntry Club (KLGCC) dan Stesen Petronas di Lebuhraya Sprint, kata beliau.

Amin Lin berkata kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur adalah Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Suruhanjaya Sekuriti dan Jalan Batai.

Turut terjejas adalah kawasan Idamansara, Changkat Semantan, Jalan Damansara Endah, Jalan Setiamurni 5-12, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakash, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby, Jalan Setiabistari, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasa, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, dan Jalan Medan Setia.

"Selain itu gangguan turut melibatkan Jalan Setiamurni 1-4, Persiaran Basong, Jalan Dungun, Jalan Bruas, Taman Seri Beringin, Jalan Gelenggang, Jalan Derumun, Jalan Chemperai, Persiaran Beringin, Jalan Chelagi, Jalan Teruntung, Jalan Chempenai, Jalan Birah, Jalan Beka dan Jalan Balau," kata Amin Lin.

Beliau berkata pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja penggantian itu melalui aplikasi telefon bimbit 'mySYABAS' dan melayari www.syabas.com.my. -Bernama