Hanya kerana belum mendapat pekerjaan, seorang wanita berkelulusan perakaunan cedera parah di kepala, dipercayai dipukul oleh bapanya menggunakan tukul dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tersusun Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata susulan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 58 tahun.
Polis menerima laporan daripada Hospital Parit Buntar pada 7.25 malam, memaklumkan seorang wanita berusia 24 tahun cedera parah di bahagian kepala selepas dipukul dengan tukul oleh bapanya, seorang tukang rumah, katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Menurutnya berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku antara 5.30 dan 6.30 petang ketika si bapa baru pulang dari kerja.
"Ketika kejadian, mangsa yang sedang membaca al-Quran didatangi bapanya yang secara tiba-tiba memukulnya di beberapa bahagian di kepala dengan menggunakan tukul pemecah dinding," katanya.
Menurut Omar Bakhtiar, lelaki terbabit yang kemudian menyesali perbuatannya bertindak mencederakan diri sendiri dengan menghentak kepala ke dinding, menyebabkannya menerima lima jahitan di kepala selain mengalami retak pada tulang tapak tangan kiri.
Suspek ditahan semasa mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar, sementara mangsa pula dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, katanya.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal polis, suspek dikatakan marah kerana mangsa belum beroleh pekerjaan sekalipun telah menamatkan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang perakaunan di sebuah universiti.
Kes disiasat menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2019
Kejadian berlaku antara 5.30 dan 6.30 petang ketika si bapa baru pulang dari kerja. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
Wartawan portal rugi RM5,000 disamun dengan parang
"Mereka datang dari arah depan dengan memakai tapi keledar dan pelitup muka, sebelum berdiri di sebelah saya."
MCPF Selangor tawar RM20,000 kepada individu bantu tangkap pembunuh Zayn Rayyan
Ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha dalam memastikan suspek terlibat dalam kes itu dapat segera didakwa di mahkamah.