Lebih 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah adalah mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Fakta lebih memeranjatkan ialah dapatan kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sejumlah 22.1 peratus responden penjawat awam berkata mereka sanggup menerima rasuah sekiranya mempunyai kuasa atau kedudukan dalam jawatan.

“Ini sesuatu yang mesti diperbetulkan agar kesalahan rasuah dalam kalangan penjawat awam dihapuskan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya ketika berucap pada majlis lafaz dan IBR bersama Menteri Besar Selangor di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, Latheefa turut menegaskan pengenalan inisiatif pelaksanaan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) mampu mewujudkan kefahaman serta meningkatkan sokongan Pentadbiran Kerajaan Negeri.
R bersama Menteri Besar Selangor di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.

Latheefa turut menyifatkan tindakan kerajaan Selangor yang muncul sebagai negeri pertama menandatangani IBR hari ini jelas memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah.

"Selagi kita ada jawatan, ada kuasa dan selagi mana kuasa dan jawatan yang ada pada kita hari ini mempunyai kepentingan kepada semua pihak, maka selama itu jugalah kita akan sentiasa berhadapan dengan risiko terdedah kepada bahaya gejala dan penyakit rasuah," katanya.

Mengulas lanjut mengenai IBR, ini merupakan satu janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya atas kapasiti individu untuk sesekali tidak terlibat dalam kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, pelancaran kempen Jalur Gemilang peringkat Negeri Selangor turut dijalankan pada majlis tersebut bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-62.

Acara hari ini turut dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan kepimpinan negeri yang lain.