Satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter dikesan berlaku di daerah ini pada pukul 11.31 malam tadi.

Kejadian itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman sesawang jabatan itu.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak mencetuskan sebarang ancaman tsunami.

Gempa bumi itu direkodkan pada jarak 33 km selatan Pitas dengan kedalaman berukuran 680km.

-- BERNAMA